Saturday 18 February 2012

Doa Untuk Keselamatan (Doa Abu Darda)

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib r.a, bahawa seseorang telah menemui dan memberitahu Abu Darda’ r.a dengan berkata, “Wahai Abu Darda’ , rumahmu terbakar.” Mendengar pemberitahuan ini, dengan penuh keyakinan Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah SWT tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca kalimat (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan barangsiapa membacanya di petang hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi”. Dan setelah didatangi bersama, ternyata di kawasan tersebut memang terjadi kebakaran, namun rumah Abu Darda’r.a selamat. Doa itu adalah :

 
Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta ‘alaika tawakkaltu wa anta robbul ‘arsyil ‘adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya’ lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. A’lamu annallaaha ‘alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain ‘ilmaa. Allaahumma innii a’uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii ‘alaa shiroothin mustaqiim.

“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus."

 
Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Boleh diamalkan selepas solah subuh atau selepas solah maghrib.InsyaAllah!

Doa ini sangat bermanfaat untuk kita semua dan percayalah semua kebaikan dan keburukan datang daripada Allah dan dengan izinNyalah yang dapat mengangkat segala musibah daripada menimpa kita.




No comments:

Post a Comment