Tuesday 12 June 2012

Potty training!

Assalamualaikum..:)

peace!bye2 diapers!
Alhamdulillah Suci dah 3 tahun..sekejap je rasa!Alhamdulillah jugak Suci dah free diapers!hehe.Di sini ada beberapa tip yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk ibu bapa yang nak latih cerai lampin bagi anak mereka.Check it out!

Tip 1: Ready!
  •  Baik anak mahupun ibubapa..haruslah bersedia dari segi mental & fizikal ye. Ini SANGAT PENTING!Set time,ambil cuti ke bagi yang berkerjaya.Bagi suri rumah, mungkin boleh buat time period ke.Senang,kita boleh bagi full attention kat dia kan.Takyah risau tengah2 sembahyang eh,dia nak kencing ke..uk uk ke?Maklumla baru-baru belajar. Dah tu,kalo terkucil ke hape..JANGAN MARAH ea..
  • Seeloknya buat bukan musim hujan.Faham-faham jela kan..
  • Then,kita kena tahu yang anak-anak ni tak sama tahap penerimaannya. Jadi, kita ajar dia bila dia dah pandai bercakap & boleh terima arahan.
Tip 2: Sesi Suaikenal Tandas
  • Bagitahu kat dia yang dia dah besar, tak boleh pakai diaper lagi. Bila kita nak menyahtinja, kita bagitahu kat dia. Jadi, dia paham..nak kencing atau nak uk uk kena pegi tandas. Belikan potty tuk dia. Suruh dia pilih nak macam mana..warna apa.
nak camni ke..




ni ke..cam tupperware je.heee
amboi..kalo yang ni.dok seharian pon kakak cici nak!

ke yang ni??pilih2!


  • Shopping spender!ini pon biarla dia yang pilih..tapi tetaplah ayahnya yang bayar..hehe. Yang renda, kartun2, bunga2..alala omey!

Tip 3:  Reward!
  • Idok le hadiah berbentuk kebendaan.Jenuhla..pengsan!Bagi pelukan, ciuman..puji dia.Kalo dia terkucil misalnya..TOLONG jangan marah!Ini akan buat dia takut dan terus give up.Bagi kata2 semangat kat dia.

Tip 4: Berperingkat
  • Mungkin boleh mulakan pada waktu siang je dulu.Nak tido je pakai diaper..
  • Ataupun bila pegi jenjalan je pakai.Tapi still nak 'membuang' kena bagitahu, then cepat2 bawak pegi toilet.
Ini yang saya cuba praktikkan pada anak saya, Suci Khadijah. Alhamdulillah setakat ni belum lagi berlaku keciciran atas karpet, tilam atau item2 yang sukar disental.perghh ayat.. harap2 jangan la sayang.Kurus ibu tau!heh.




Oh ya!Bagi yang belum tau cara untuk bersihkan najis kanak-kanak, boleh rujuk DISINI.


Wednesday 9 May 2012

'baby' kakak cici

Assalamualaikum.


Lama benar nak share pasal salah satu peel puteri sulung ni.Suci dan teddy bear!Suci panggil baby..hehe.Start dapat adikla, everything yang ibu buat kat adik, semua dia tiru.Yang best nye part nak bagi susu. Siap baring sambil tangan tongkat kepala..gitu!Kemane saje mesti nak jugak bawak. Pegi soping pon bawak.Sampai guard pon kenal kitorang sebab agaknye Suci sorang je kot yang bawak bear gi soping.yeke?? Guard pon dok sengih2la letak tag kat tangan 'baby'. Kalau tido, tetiba bangun takde 'baby' kat sebelah,memang akan melalak sampai dapat.haishh..


Time ni Suci baru 1tahun setengah. Inila 1st 'baby' Suci! Blue bear ni gifted by bff ibu..Aunty Syeila. Hadiah birthday ibu yang ke berape pon tak ingat dah.hehe. Sampai lunyai blue bear ni dikerjakan Suci. Berapa kali koyak, jait dah. Sayang sangat ngan bear tu! Bila tengok teruk sangat dah bear tu. Fiber pon dah tak berapa nak ada. Ibu ganti ngan celcom blue bear.Alhamdulillah takpe..janji biru ek!peberet kaler.Abis madu sepah dibuang.camtu plakk..

Sebelum tido, harusla bagi 'baby' tido dulu..mata dah kuyu.

Sekali tu, bear ni tertinggal kat umah cousin Suci. Nak pegi semata nak ambik bear tu, memang tak tau bile. Kesunyian jugakla tengok Suci time tu. Cuma dia tak melalak je la..redha. Akhirnya Allah gantikan dengan 'baby' baru. Elmo! Cousin dia bagi time trip pegi Kedah CNY lepas. Seronok tak terkata..kembali ceria! Tq kakak.

Kemane saje..tetap!

Camtula kan..budak2. Sekarang bila dah makin membesar ni, nampaknye kurang la sket dengan 'baby'nye. Dah tak ngamuk kalo takde..tapi still lah marah kalau adik ambik 'baby' dia.hehe.Kakak dah besar kan..dah nak 3 tahun.Happy Becoming Birthday Sayang!Sekejap je rasa. Ibu doakan kakak jadi anak yang solehah, berjaya dunia & akhirat..We all love u, Suci Khadijah!mmuuuuuahhh!



Sunday 26 February 2012

Gugoq habaq hang!(part 2)

After discussed ngan en suami, meeting doctor once again, we decide Jumaat 24/2/2012 nak buat D&C tu. That means 1week after diagnose. Tu pun dah dikira lambat.

Pukul 12tghri admitted ward, Suci ngan en suami teman.Dik Yah terpaksa tinggal kat jiran. Tong teng tong teng..isi form, boh ubat untuk pintu rahim terbuka.1/2 jam pastu, nurse ckp akan sakit cam period pain tu tapi aku tak rasa pun. Risau dah.Kang dia sumbat lagi ubat tu jenuh aku.Alhamdulillah tak!hehe.Pukul 3 masuk labor room.Memang nervous sgt. Lagi2 tgk alat2 yang nak guna 'gerodek' aku tu.perghhh macam nak bertukang. Dok pikir jgnla tgh process tu aku tersedar ke ape.Menggerunkan!

Lepas bius, terus tak sedar.Eh, tgh bius sebenarnya aku dah tak sedar.Tak tahulah pengsan dulu ke..pasal takut sgt.haha.Memang tido best punya.siap mimpi lagi.heh!Sedar2 diorang dah siap dah. Boleh lak aku tanya, " bila masa buat??" ..sabo jela. Alhamdulillah selesai sudah!

Pukul 6 camtu, discharge..terima kasih semua yang mendoakan. Dr Ratna (very supportive, senyum je) , nurses, pak cik guard (tolong hantar sampai keta terus..:)), dan semua staff PMC (Putra Medical Center).baik2 belaka.tq!Recommend.

Sedikit info pasal D&C (Dilation and Curettage) Procedure nih!

The dilation and curettage procedure is called a D&C. The D stands for dilation, which means enlarging. Curettage (the C) means scraping. Together, this procedure involves expanding or enlarging the entrance of a woman's uterus so that a thin, sharp instrument can scrape or suction away the lining of the uterus and take tissue samples.( for more info : dilatation and curettage )

Monday 20 February 2012

Gugoq habaq hang!(part 1)

Last week, dalam 2 hari camtu kena cirit birit..Jumaat tu pegi check doctor. Nak wat pregnant test sama, memandangkan simptom2 tu dah ada.

Lepas dah cerita lebih kurang, then scan.jeng!jeng!jeng!


doktor : betul..puan mengandung (senyum)
me       : Alhamdulillah..(senyum gak)
Sambil tu doktor scroll lg..berubah riak muka.
doktor : Puan memang mengandung..tapi kan puan..kandungan puan takde jantung.takde heartbeat.
me       : ..........yeke doktor?(terpana jap)
doktor : haah.tgk ni ye..(focus on screen)


uterus.cam kosong takde isi je
rupa2nya ada.kecik je..

           : kantung dia besar tapi baby kecik je. tak padan ngan kantung.dia tak membesar.kiranya      
            puan keguguran ni cuma dia tak keluar lagi.

Gulpp!ya Allah..cepat2 motivated diri.semua pasti ada hikmahnya..

me      : camne ye doktor?
doctor : Kena cucilah puan. Nak tunggu dia keluar tak tau bila..
me       : sakit tak doktor?(ngeeeee)
doctor : TAK SAKIT. (senyum) kita akan bius puan bagi tido. Bangun je dah siap!
Okla tu. tp takut..

Lepas tanya pasal kos, itu ini.. setuju tp hold jap.nak discuss ngan en.suami!Doktor pun bagi tempoh 2minggu dari tarikh diagnose.

Saturday 18 February 2012

Doa Untuk Keselamatan (Doa Abu Darda)

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib r.a, bahawa seseorang telah menemui dan memberitahu Abu Darda’ r.a dengan berkata, “Wahai Abu Darda’ , rumahmu terbakar.” Mendengar pemberitahuan ini, dengan penuh keyakinan Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah SWT tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah SAW, barang siapa yang membaca kalimat (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan barangsiapa membacanya di petang hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi”. Dan setelah didatangi bersama, ternyata di kawasan tersebut memang terjadi kebakaran, namun rumah Abu Darda’r.a selamat. Doa itu adalah :

 
Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta ‘alaika tawakkaltu wa anta robbul ‘arsyil ‘adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya’ lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. A’lamu annallaaha ‘alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain ‘ilmaa. Allaahumma innii a’uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii ‘alaa shiroothin mustaqiim.

“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus."

 
Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Boleh diamalkan selepas solah subuh atau selepas solah maghrib.InsyaAllah!

Doa ini sangat bermanfaat untuk kita semua dan percayalah semua kebaikan dan keburukan datang daripada Allah dan dengan izinNyalah yang dapat mengangkat segala musibah daripada menimpa kita.




Thursday 16 February 2012

Safi's 1 year!

Alhamdulillah 15 Jan 2012 lepas genap Dik Yah setahun.Sekejap je rasa.Membesar dengan sihat & ceria!Syukur pada Allah.Ibu doakan semoga adik jadi anak yang solehah, mulia akhlak, berjaya dunia & akhirat..amiiin.Here, Safi's 1 year development progress!


2nd day..:)

1 week. kemain sengih!
saya suka sengih.hari2 saya sengih!
1st ride.6 months (hehe, x sure)
9 months. still merangkak


1 tahun!



penghibur hati..:)




boleh tahan lasaknye!


saya ada gigi besar & jarang.awak ada??

Doakan saya jd anak yg solehah..amiiin.







Dah setahun baru..
  1. bersunat (lupa sangat2 dik..Alhamdulillah cepat sembuh!)
  2. pandai berjalan
  3. ada 4 batang gigi (tapi dua gigi kapak kat atas tu pun dah macam 4 batang. BESAR & jarang & comel!)
  4. dah pandai belasah kakak sampai nangis sambil kata, "ibu tgk adik ni..taknak la kawan". pastu bila baik, peluk cium makan bersuap bagai..macam2.anak..anak..
  5. dah menonjolkan sifat pemurah.apa yang dia makan semua nak kasi orang.sanggup bagi dari dalam mulut dia..sabo jela.hehe.


Selamat ulangtahun pertama sayang..semoga usia diberkati Allah!

Saturday 4 February 2012