Tuesday 12 June 2012

Potty training!

Assalamualaikum..:)

peace!bye2 diapers!
Alhamdulillah Suci dah 3 tahun..sekejap je rasa!Alhamdulillah jugak Suci dah free diapers!hehe.Di sini ada beberapa tip yang mungkin boleh dimanfaatkan untuk ibu bapa yang nak latih cerai lampin bagi anak mereka.Check it out!

Tip 1: Ready!
  •  Baik anak mahupun ibubapa..haruslah bersedia dari segi mental & fizikal ye. Ini SANGAT PENTING!Set time,ambil cuti ke bagi yang berkerjaya.Bagi suri rumah, mungkin boleh buat time period ke.Senang,kita boleh bagi full attention kat dia kan.Takyah risau tengah2 sembahyang eh,dia nak kencing ke..uk uk ke?Maklumla baru-baru belajar. Dah tu,kalo terkucil ke hape..JANGAN MARAH ea..
  • Seeloknya buat bukan musim hujan.Faham-faham jela kan..
  • Then,kita kena tahu yang anak-anak ni tak sama tahap penerimaannya. Jadi, kita ajar dia bila dia dah pandai bercakap & boleh terima arahan.
Tip 2: Sesi Suaikenal Tandas
  • Bagitahu kat dia yang dia dah besar, tak boleh pakai diaper lagi. Bila kita nak menyahtinja, kita bagitahu kat dia. Jadi, dia paham..nak kencing atau nak uk uk kena pegi tandas. Belikan potty tuk dia. Suruh dia pilih nak macam mana..warna apa.
nak camni ke..




ni ke..cam tupperware je.heee
amboi..kalo yang ni.dok seharian pon kakak cici nak!

ke yang ni??pilih2!


  • Shopping spender!ini pon biarla dia yang pilih..tapi tetaplah ayahnya yang bayar..hehe. Yang renda, kartun2, bunga2..alala omey!

Tip 3:  Reward!
  • Idok le hadiah berbentuk kebendaan.Jenuhla..pengsan!Bagi pelukan, ciuman..puji dia.Kalo dia terkucil misalnya..TOLONG jangan marah!Ini akan buat dia takut dan terus give up.Bagi kata2 semangat kat dia.

Tip 4: Berperingkat
  • Mungkin boleh mulakan pada waktu siang je dulu.Nak tido je pakai diaper..
  • Ataupun bila pegi jenjalan je pakai.Tapi still nak 'membuang' kena bagitahu, then cepat2 bawak pegi toilet.
Ini yang saya cuba praktikkan pada anak saya, Suci Khadijah. Alhamdulillah setakat ni belum lagi berlaku keciciran atas karpet, tilam atau item2 yang sukar disental.perghh ayat.. harap2 jangan la sayang.Kurus ibu tau!heh.




Oh ya!Bagi yang belum tau cara untuk bersihkan najis kanak-kanak, boleh rujuk DISINI.